.


Sunday, September 4, 2011

tak dapat bayangkan seorang abg berpikiran begitu

aku tak pernah menyangka kalau dia akan berkata begitu selama ni aku ikhlas menjadikan dia sebagai abg aku dan tak pernah pun terlintas di pikiran nak buat dia sebagai teman happy. selama2 ni aku mencari seorang abg angkat dan aku dah menemukan nya 4 bulan yng lepas tapi malam ni aku mmng rasa sedih dan kecewa dengan apa yang dia bg tau dekat kawan aku. ape lah nasib aku ni dari kecil hingga ke sekarang selalu susah dan menderita. bila lah agak nye hidup aku ni sempurna ya allah berikan lah aku petunjuk mu dalam menagani semua ni. kini diri ini macam dah tak berguna dah di mata orang, hanya di mata mak saja lah anak dia ni berguna.......
aku tak akan mnyalahkan dia aku tak boleh nak paksa orang untuk menerima aku menjadi adik nya. sbb status aku ngan dia pun berbeza aku orang miskin dan dia keluarga terpandang nama pun ada sedangkan aku hanya lah seorang pekerja restoran sahaja, yang di mata orang sangat lah hina... aku hanya mampu tersenyum walau pun hakikat nya hati ini  sedih

Wednesday, August 24, 2011

sambut raya di perantauan

sedih sangat2 terasa menyambut raya tampa family tapi walau pun kita orang berjauhan tapi tema baju kita orang sama tahun ni aku pilih tema baju malayu kuning ianya sangan nampak cantik padan dengan kulit aku yang cerah hehehe....
tahun ni terasa sangat tak puasa shoping raya sbb sambil2 kerja aku g mencari keperluan aku untuk raya ni dan alhamdulillah lengakap la juga persiapan aku untuk raya nnti semua dah beli. tngal kuih raya jer tak de. tapi sape juga erk orang yang nak datang beraya kat umah aku heheh sbb tahun ni sambut raya kat umah tempat aku kerja sajer.

Saturday, July 16, 2011

KECEWA DENGAN SIKAP KAWAN

sebelum ini ak dah yakin dan percaya kalau dia lah orang yang akan menjadi kawan baik aku.
tapi ternyata aku silap. dia langsung bukan jenis kawan yang baik. pada mulanya sahaja dia baik sangat trehadap ku. dan kini sekarang mungkin dia dan menyampah nak tengok aku bahkan nak jumpa aku pun dah langsung tak da masa... padahal dulu masa dia baru aku kenal dia lah orang yang paling baik sangat terhadap aku.......... sangat perhatian dan dia juga sentiasa ada ketika aku membutuhkan dia.tapi sekarang hurmm dah tak tahu nak cakap apa dah.... apa bila aku yang bertanya hari ni sibuk ke tak. jawabanya mesti sibuk. itu semua hnya tipu hela dia sbb untuk kawan2 dia yang lain dia sentiasa ada masa... dan sekarang aku hanya ingin tahu apa kah memang dia ni masih kawan aku ke bukan. mungkin aku tak de ape yang boleh di pandang yang boleh membuat kan orang2 bisa bertahan lama untuk menjadi kawan aku. dan bukan kali ini saja aku terkena macam ni. tapi aku sentiasa sabar dan tabah menghadapi semua ini mungkin suatu hari nanti dorang akan sedar dengan apa yang dorang telah lakukan... tapi meskipun begitu aku tetap sentiasa ada ketika dorang membutuh kan aku kerana aku tak sampai hati tak menolong ketika deme butuh kan aku walau pun aku tahu deme akan baik dan mencari aku ketika deme dalam kesusahan... 

SETIAP MANUSIA PERNAH MEMBUAT KESILAPAN DAN KITA PATUT MEMBERI DIA PELUANG UNTUK MEMPERBAIKI KESILAPAN DIA...

tapi ada juga manusia yang selalu memanfaat kan peluang yang kita beri .....

Sunday, May 29, 2011

dia lah kawan dia lah abg

04/05/2011 pada hari selasa Sekitar jam 08.00pm. aku telah mendapat kan seorang abg yang sangat baik orang nya dan aku sangat bersukur. Banyak2 orng yang aku kenal hanya dia yng sangat baik dan aku dah tak mo kehilangan dia lagi. Setelah sekian lama nya aku mncri akhirnya aq jumpa jga. Dia seorang yang penyayang dan perhatian. Aku harap hubungan kami sebagai adik dan abg berkekalan hnga bila2 aku rasa kali ni aku dah tak silap kerana menjadikan dia abg aku kerana cara dia melayan aq melebihi dari abg kandung aq sendiri. Walau pun kami baru sahaja berkealan dalam berapa hari tapi aq tahu yang dia ikhlas menjadikan aku sebagai adik nya. Yang membuat aq sangat seronok kerana dia tak kisah kalau aku bermanja sama dia, maklum lah Aku ni kekurangan kasih sayang dan semenjak  aku kenal dia aq merasa hidup ini ada happy sikit kerana aq telah mendapat kasih sayang dari nya. Selama hidup hampir 22 tahun aq hanya mndapat kasih sayang dari mak sahaja, ada pun atok yang sangat sayang kan aq tapi itu hanya sementara sahaja kerana atok telah pergi terlebih dahulu meninggal kan aku.  Dan kini kerana aku telah mendapat kan nya aku akan jaga hubungan ini biar ianya berkekalan....
 Tapi sekarang aku merasa yang dia pun dah macam nak menjauh dari aku. Sbb masa kami mula2 kenal dulu dia sentiasa ada ketika aku membutuh kan dia tapi sekarang nak berbual dengan aku pun susah sangat bagi dia aku cukup sedih dengan semua ini...
 mungkin aku ni bukan le seorang adik yang baik untuk dia tapi kalau memang betul yang dia dah nak menjauh dari ku aku terima semua tu dengan ikhlas dan tabah. Kerana aku tahu tak de sape yang akan bahagia bila bersama dengan ku kerana hidup ku ini sangat lah susah tak de ape yang boleh membuat dia tahan lama untuk menganggap aku sebagai adik nya....  mungkin keinginan ku untuk mendapat kan seorang abg tak akan pernah tercapai, kerana semua nya hanya sehangat-hangat  tahi ayam. Ku terima perlakuan orng terhadap ku.
Tapi yang 1 ini aku yakin yang dia mmng ikhlas, dan semejak aku kenal dia aku dah angap dia. Sebagai kawan abg atau pun ayah. Kerana aku seakan-akan aku merasakan kasih sayang apa bila memeluk nya dan aku macam tak mahu melepas kan nya, ya allah jikalau mmng dia lah orang yang aku cari2 selama ini aku mohon kepadamu jangan lah pisah kan kami..... 

Monday, April 18, 2011

semua tentang perasaan

Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu.
Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka
Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat.
Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping.
Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.
Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak.
Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi.
Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya.
Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !
Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.
Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka
Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya.
Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya
Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.
Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu.
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

Friday, March 25, 2011

tentang perasaanku

Aku takkan lelah menunggu
Hingga waktu ajal menjemputku
Takkan pernah ada sesalku untuk menunggumu
Aku harus tetap menunggu
Hingga nanti aku berbaring
Sampai mati aku akan tetap menunggumu
Ingin ku gapai bulan dan ku petik bintang
Ingin ku berikan semua hanya untukmu
Agar kau tahu besarnya cintaku kepada dirimu
Ku ingin kau tahu tentang perasaanku
Ku ingin kau tahu besar cinta padamu
Ingin ku berikan sisa waktuku
Dan sisa umurku sampai mati 

Saturday, March 19, 2011

hari2 yang gembira bersama c kecik....


hari yang paling menyeronokan bagiku ketika bersama budak2 yang aq sayangi.. hidup lagi ceria ketika main kejar2ran sambil dia teriak2 tolong2 abg masri bubut.... hahahaha
semua 2 sangat bermakna bagiku walau pun kekadang aq rasa bengang dengan kedegilan mereka tapi aq sangat sayang. semua tak dapat dilupakn ketika makan bersama tidur dalam belaian ku
 

tak da yang tak bermakna bila bersama dia... apa kah yng akan terjadi sekiranya kami akan terpisah dalam masa dekat ni.. hurmmmm kalau boleh aq lansung tak mo berpisah dengan budak2 ni dia lah pembawa keceriaan ku hari2....... ade masa satu ketika dia balik kg dalam masa sebulan. aq sangat merinduinya sampai kan aq terbawa2 mimpi ngan dia. dan dia plk ketika dia tngah makan apa2 jew yng ade di depan mata dia. dia akn amik makanan 2 dan berkata ummy ni nak simpan buat abg masri nnti balik nak bg dekat abg masri.
dan yang betsnya apa bila ade budak2 lain yng datang dengan aq walau pun itu abg dia sndiri. dia lansung tak mo berkongsi duk atas riba aq....  ( along ) ( angah ) ( baby  ) abg akan sentiasa merinduimu

Thursday, March 10, 2011

mengharapkan seoarng kawan berada disamping ku

dalam keadaan aku sekarang macam ni aq membutuhkan seorang untuk berada di samping ku untuk memberi ku sokongan untuk meneruskan nya. tapi di saat2 seperti ni tak de siapa pun yang ada untuk aq. malahan ade yng pergi dan lansung tak amik peduli terhadapku. aq redha dengan semua 2 dan kini ku tahu. nak mencari mana kawan sedih dan mana kawan hnya ketika senang. orng yng selama ni aq dah angap sebagai abg ntah kemana perginya sekarang. tak de sape boleh faham macam na susah nya hidup ni kome2 cuma padai cakap sabar. sbb bukan korang yng rasakan khidupan macam ni. sunguh tersiksa rasanya tngal berjauhan dari keluarga.
dan kalau hnya sekadar perkataan yng terungkap mngatakan nak jaga aq dan jdikan aq adik nya 2 semua dah susah aq untuk percaya lagi

Saturday, February 19, 2011

kenagan bersama ibu

walau pun hidup kami sangat sederhana tapi kami bersyukur dengan apa yang ada.
kerana ianya ada lah rezeki yang telah di beri oleh yang maha kuasa. dan aq sangat bersyukur kerana mempunyai ibu yang sangat baik. apa yang tak dapat aq lupakan ketika bersama dia. ia lah pergi ke gunung ambil kayu dan turun sawah bersama nya saat2 itu selalu aq impi2kan buat masa sekarang ni. dah cukup lama aq tak membantu ibu dalam pekerjaan itu kerana kami berjauhan sekarang. lebih banyak keceriaan ketika bersama nya. di banding kan sekarang
owh ibu aq sangat merindukan mu ku ingin memelukmu dan meminta ampun. kerana mungkin aq ade buat silap selama ni....


rintihan seorang anak yang tengah merindu

Tuesday, February 1, 2011

hari yang bahagia. dan hari yang sedih buat ku




aq sendiri tak menyangka kalau di tahun 2010 ni aq dapat sambut hari jadi aq bersama dengan rakan facebook aq walau pun ianya di sambut dengan kecil2lan tapi ianya berharga bagiku dan ku ucapkan ribuan terima kasih kepada akak ( PUTERI QTIQA ) . dan sekarang dia dah ambil aq sebagai adik nya.... aq bersyukur kerana ada lagi orng yang sayang dan amik peduli terhadap ku... meskipun malam 2 malam bahagia buat ku tapi di satu sisi yang lain aq juga sedih kerana di hari yang bahagia mak tak de di samping aq.  dan aq cuma berharap di suatu hari nanti aq dapat meraihkan hari jadi aq di samping mak dan ahli keluarga yang lain....

Monday, January 31, 2011

HANYA JADI BARANG MAINAN SAHAJA

kini kusedar siapa diriku ini. aq hanya jadi barang mainan sahaja tak kira dari segi percintaan mahupun persahabatan. knpa harus aq yang kena menangung semua beban ni. hidup ini sudah terlalu banyak menangung beban hidup. kini ku pasrah dan ku ikhlaskan semua perbuatan mereka terhadap ku. apa yang aq ingin kan dari semua sahabat2 ku hanya lah sebuah keikhlasan kalian.....

Sunday, January 30, 2011

kisah hidup ku yang penuh dengan cabaran dan dugaan membuatkan aq jadi lagi dewasa dan tau mcm mana nak teruskan hidup. kecil besar dugaan yang telah aq lalui dengan sabar dan tabah. dan kadang juga aq rasa macam nak putus asa kerana dugaan ni tak habis2 datang untuk ku. aq hnya seorang insan biasa yng tak mempunyai apa2 dalam hidup ni harta yng aq ada hanya mak dan abg. yng aq sayangi setiap waktu....

kisah seorang anak yang rindu akan belaian kasih sayang seorang ayah

mungkin selamanya ke inginan ku untuk mendapat belain kasih sayang dari seorang ayah tak akan pernah tercapai di sbb kan kebencian dan rasa sakit dalam hati ni terlalu mendalam bila di ingat. dan di saat aq mula ingin menerimanya kembali dalam hidup ku ni. dia pura2 tak tahu akan saya dan mak saya. tapi aq sentiasa bersabar dan tabah menerima semuanya walau pun itu terlalu pahit untuk aq dan sukar untuk aq terima

dan di usia ku yang mudah aq terpaksa kerja keras dan membanting tulang tak kira malam mahu pun siang aq terus kerja demi memenuhi kebutuhan mak dan abg saya. tampa saya hiraukan kesihatan saya terjejas selama ni. tapi aq tak hiraukan semua itu asalkan mak dan abg saya bahagia

pada hari raya ke 2 aq mencoba untuk menerima ayah saya semula dengan niat saya yang baik dan saya berusaha untuk melupakan semua dendam saya dengan dia. tapi semuanya 2 hanya sia2 aq lakukan. kerana di saat makcik saya bg tau yang saya ada dirumah makcik saya beraya time 2 dia pura2 lupa akan saya dan langsung tak mau amik tahu pasal saya dan keluarga saya. tapi saya tak kisah dengan semua 2. tapi sakit buat saya kerana dia cakap yng dia tak kenal dengan mak saya. bahkan nama mak saya pun tak tahu. disebab kan dia buat semua tu terhadap saya dan mak dan abg saya. saya bersumpah saya tak akan terima dia semula dalam hidup saya ni. disebab kan dia pun tak ingat akan saya. dan di mulai hari dia cakap dia tak kenal dengan kami semua. di hari 2 juga sumpah telah saya letakan terhadap diri saya dan dia. selamanya saya tak akan pernah memaafkan dia . mungkin saya anak derhaka terhadap ayah saya. tapi hati ni terlalu sakit untuk menerima dia semula kembali dalam hidup ni.

hidup tak akan kekal abadi, dan di suatu hari nanti pasti kamu akan ingat akan anakmu yang telah kamu buang masa dalam kandungan berusia 4 bulan. dan sekarang anakmu ni dah berumur 21 tahun. terima kasih ku ucapkan kerana engkau telah berjaya membuat aq menangis dan meratap akan kasih sayang mu. saya cuma berharap ayah akan sentiasa bahagia bersama adik2 aq di sana. yang sangat membenci saya sekeluarga. wassalam