.


Sunday, May 13, 2012

Duri dalam Kehidupan itu Rupa-rupanya Buah yang Manis

“Berkecamuk.. bercelaru.. annoyed.. irritated.. tidak tenang.. ahh.. semua perasaan yang tidak enak datang menyerang diri. Kenapa ye? Adakah itu tandanya diriku sudah jauh dari Allah?
Cuba untuk membebaskan diri dari belenggu kesedihan dan kepedihan kehidupan. Terasa seolah-olah hidup ini tiada apa yang boleh dibanggakan dan digembirakan. Seolah-olah hidup ini untuk merasa susah. Terasa sukar.. nafas memberat.. menyesakkan dada dan fikiran.. mengeluh..
Ahhh… apa je yang aku buat mesti tak jadi la. Ehhh.. sudah pandai mahu menafikan kejayaan yang pernah ditempuhi? Ahhh.. itu dulu.. sekarang aku rasa hidup aku sudah tidak punyai tujuan.. terumbang-ambing.. hanyut dibawa arus ombak lautan.. lemas.. lemas di tengah-tengah lautan.. seolah-olah tidak ternampak sinar cahaya dalam kehidupan.. gelap gelita.. sempit..

Usah cerita la tentang kejayaan hidup.. apa erti kejayaan pun aku sudah tak tahu.. nak hidup senang dan bahagia macam orang lain? Kirim salam aje laa.. langsung tak nampak la bayang-bayang kebahagiaan tu.. tu sume nonsense laa.. tak wujud pun.. kenapa dunia ni terlalu kejam terhadap aku? Padahal aku tak buat salah pun kat orang lain.. aku tak pernah sakitkan hati orang lain.. aku tak pernah kacau hidup orang lain.. kenapa orang lain nak menyakitkan hati aku? Aku tak pernah mintak dilahirkan begini.. tinggalkan aku seorang diri.. aku tak pernah pun nak menyusahkan hidup orang lain.. tak boleh kah aku mengecapi bahagia sebagaimana orang lain..”
Stop.. stop.. stop kat situ..
Sahabat.. sesungguhnya kehidupan ini tidak semudah yang diharapkan. Ia juga tidak sesukar yang disangkakan..
Kenapa harus menzalimi diri sendiri dengan sangkaan-sangkaan yang buruk, fikiran-fikiran yang negatif, sedangkan ruang untuk bersangka baik dan berfikir positif itu terbentang luas.
Sebagaimana firman Allah di dalam sebuah Hadis Qudsi:
“Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingatiKu”
Bersangka baiklah terhadap Allah.. sekiranya kita mahu yang baik-baik sahaja yang datang kepada kita. Sesungguhnya, Dia tidak akan memberi ujian kepada kita sekiranya kita tidak mampu untuk menanggung ujian tersebut.
Ya.. memang hakikatnya hidup ini terlalu sukar seperti yang digambarkan. Selalu teraniaya, dianiaya sengaja atau tidak sengaja. Seolah-olah semua orang sekeliling kita itu kejam kerana suka menganiaya kita yang lemah tidak berdaya ini. Tapi, tahukah kita bahawa kita lah yang sebenarnya kejam dan menganiaya diri sendiri?
Kenapa? Kerana kita terus-terusan mencari kelemahan dan kesalahan orang lain terhadap kita. Tahukah kita bahawa mencari kesalahan dan kesilapan orang lain bagaikan meneguk air laut, mengundang dahaga yang tidak akan hilang. Tapi tidak pula kita cuba untuk muhasabah diri, mengorek dan mencari kesilapan terhadap diri sendiri.. Mungkin kerana ego yang meninggi hingga merasakan apa yang kita lakukan sentiasa betul dan apa yang orang lain lakukan sentiasa salah.
“Ahh.. suka-suka je penulis ni cakap aku tak pernah muhasabah diri. Suka-suka je cakap aku ni sombong tak sedar kesilapan diri. Macam la dia tahu apa yang aku hadapi.. huh.. pastu balik-balik cerita pasal agama.. balik-balik cerita pasal agama.. haish.. macam la dia tu baik sangat! Kita cerita pasal orang aniaya kita laaa..”
Memang laa balik-balik cerita pasal agama, balik-balik cerita pasal agama sebab memang fitrah manusia sentiasa berkehendakkan kepada agama. Dan… setiap orang pasti diuji dengan perasaan yang sama cuma berbeza kaedah ujiannya. Usahlah skeptik dengan mereka yang cuba membantu diri kita menyeru diri agar kembali kepada Allah.. supaya tidak terus-terusan lalai dan alpa dengan tipu daya nafsu dan pujukan syaitan.. kerana kita sebenarnya bertuah kerana masih ada yang sudi menemani dan membawa kita kepada jalan-Nya; perjalanan mencari ketenangan dan keredhaan Ilahi. Sebenarnya, sejauh mana kita berlari, setinggi mana kita terbang, kita tidak akan sekali-kali menjumpai jalan yang terbaik kepada penyelesaian masalah sebuah kehidupan selagi kita tidak kembali kepada Allah. Itu adalah hakikat yang wajib diakui sebagai seorang hamba.
Sahabat, what goes around comes around.. andainya kita rasa kita tidak pernah menganiaya orang lain, tapi mungkin ada kesilapan dan kesalahan yang kita lakukan tanpa sedar mrnyebabkan orang lain teraniaya. Tak semestinya kesilapan yang kita lakukan kepada orang lain akan dibalas dengan perbuatan yang sama terhadap kita. Mungkin ia datang dalam bentuk lain yang bertujuan untuk menyedarkan kita. Terpulang kepada diri sendiri untuk memperhalusi pengajaran dan hikmah di sebalik setiap ujian itu.
Seorang mukmin sejati akan sentiasa diuji dan terus diuji. Sehingga disebut dalam sebuah hadith : “Seorang mukmin akan senantiasa diuji sehingga dia berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih daripada dosa-dosa.” (dipetik dari status FB myilham.com).
Bertuahlah andainya kita berjaya menghadapi ujian kehidupan supaya dapat berjalan di atas muka bumi dalam keadaan yang bersih daripada dosa-dosa.
Sungguh, manusia tidak pernah akan terlepas dari melakukan dosa dan maksiat. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak sekali-kali akan memiliki sifat maksum, apa yang boleh kita lakukan adalah meminimumkan dosa-dosa dan maksiat-maksiat tersebut. Rasa bersalah.. rasa berdosa menghantui diri.. membelenggu hati, jiwa dan perasaan.. kekadang sampai rasa tidak mampu untuk move on. Terasa seolah-olah; “ahhh.. hidup aku memang ditakdirkan susah macam ni.. nak wat camne.. pasrah aje laaaa”
Sahabat, sesungguhnya terdapat perbezaan yang jelas di antara pasrah dan redha. Pasrah bererti menyerah tanpa berusaha. Redha bererti menerima ketentuan Allah tanpa rasa kecewa dan tertekan dan pada masa yang sama berusaha untuk mengubah keadaan, seterusnya berdoa dan bertawakkal agar apa yang diingini dapat dicapai.. insya Allah.. let bygone be bygone.. usahlah hidup dalam masa silam.. kita punyai masa sekarang dan masa depan yang gemilang yang perlu dicorakkan.. yang lepas, biarkanlah.. yang penting, masa hadapan.. Allah tidak memandang kejayaan kita dalam menempuh ujian, tetapi Allah memandang usaha kita dalam menghadapi ujian tersebut. Percayalah, setiap orang mempunyai peluang untuk berubah, terpulang kepada kita untuk mencorakkan bentuk perubahan itu.
Teruskan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun ia sangat sukar untuk dilaksanakan lantaran iman manusia yang sentiasa bertambah dan sentiasa berkurang. Lagikan cinta kepada manusia sanggup kita lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya, apatah lagi CINTA kepada PEMILIK SEGALA CINTA, di mana apabila kita memperolehi CINTA PEMILIK SEGALA CINTA itu, cinta hamba-Nya akan turut menjadi milik kita. Tidak mahukan kita memilikinya? Andai ia dapat digapai, nescaya kepedihan kehidupan di dunia ini bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan rahmat dan kasih sayang-Nya yang kita perolehi.


Semoga kekuatan dan ketenangan sentiasa mengiringi hati-hati yang diuji dengan segala mehnah dan tribulasi dunia yang merindui kasih dan rahmat-Nya. Amin..

Tuesday, January 17, 2012

Sedihnya, bila orang salah ertikan niat kita :"(

Sangat sedih..
Rasa macam dibunuh je mood ni.
Dicampak...ditikam dan di bakar..
Serius aku sangat sedih..

Kenapa ada sesetengah pihak suka salah ertikan apa kita buat?
Serius, aku nak sambung belajar bukan sebab nak menunjuk-nunjuk yang aku lagi "high" dari orang lain..memang sama sekali tidak.. langsung tak terlintas dari kotak fikiran aku.

Sampai hati cakap macam tu, i'm so sad..aku cadang nak sambung study kerana itu memang cita-cita aku. Sebab keinginan aku kerana Allah Taala. Bukan sebab nak "show" aku terbaik dari orang lain. TIDAK.

Kenapa ada orang fikir macam tu? kenapa???

Orang lain ada belajar sampai PHD, dan lagi tinggi tapi tak pula fikir itu cuma nak menunjuk-nunjuk.

Mood aku dah dibunuh, tapi insyaallah belum mati lagi. Melainkan aku sendiri gugur sebelum berjuang.


Ya Allah, berikan aku semangat, kekuatan dan mudahkan segalanya.


p/s : kalau ini bukan takdirku, aku redha..apa yang kita suka, belum tentu Allah suka. Segalanya ada hikmah :'(

Bersabarlah wahai hati, kau ada Allah sebagai tempat mengadu. DIA lah yang terbaik. Alhamdulilah hatiku cepat tenang.