“Berkecamuk.. bercelaru.. annoyed.. irritated..
tidak tenang.. ahh.. semua perasaan yang tidak enak datang menyerang
diri. Kenapa ye? Adakah itu tandanya diriku sudah jauh dari Allah?
Cuba untuk membebaskan diri dari belenggu kesedihan dan kepedihan
kehidupan. Terasa seolah-olah hidup ini tiada apa yang boleh dibanggakan
dan digembirakan. Seolah-olah hidup ini untuk merasa susah. Terasa
sukar.. nafas memberat.. menyesakkan dada dan fikiran.. mengeluh..
Ahhh… apa je yang aku buat mesti tak jadi la. Ehhh.. sudah pandai
mahu menafikan kejayaan yang pernah ditempuhi? Ahhh.. itu dulu..
sekarang aku rasa hidup aku sudah tidak punyai tujuan..
terumbang-ambing.. hanyut dibawa arus ombak lautan.. lemas.. lemas di
tengah-tengah lautan.. seolah-olah tidak ternampak sinar cahaya dalam
kehidupan.. gelap gelita.. sempit..
Usah cerita la tentang kejayaan hidup.. apa erti kejayaan pun aku
sudah tak tahu.. nak hidup senang dan bahagia macam orang lain? Kirim
salam aje laa.. langsung tak nampak la bayang-bayang kebahagiaan tu.. tu
sume nonsense laa.. tak wujud pun.. kenapa dunia ni terlalu
kejam terhadap aku? Padahal aku tak buat salah pun kat orang lain.. aku
tak pernah sakitkan hati orang lain.. aku tak pernah kacau hidup orang
lain.. kenapa orang lain nak menyakitkan hati aku? Aku tak pernah mintak
dilahirkan begini.. tinggalkan aku seorang diri.. aku tak pernah pun
nak menyusahkan hidup orang lain.. tak boleh kah aku mengecapi bahagia
sebagaimana orang lain..”
Stop.. stop.. stop kat situ..
Sahabat.. sesungguhnya kehidupan ini tidak semudah yang diharapkan. Ia juga tidak sesukar yang disangkakan..
Kenapa harus menzalimi diri sendiri dengan sangkaan-sangkaan yang
buruk, fikiran-fikiran yang negatif, sedangkan ruang untuk bersangka
baik dan berfikir positif itu terbentang luas.
Sebagaimana firman Allah di dalam sebuah Hadis Qudsi:
“Aku adalah apa yang hambaKu sangkakan, dan Aku akan bersamanya selama ia mengingatiKu”
Bersangka baiklah terhadap Allah.. sekiranya kita mahu yang baik-baik
sahaja yang datang kepada kita. Sesungguhnya, Dia tidak akan memberi
ujian kepada kita sekiranya kita tidak mampu untuk menanggung ujian
tersebut.
Ya.. memang hakikatnya hidup ini terlalu sukar seperti yang
digambarkan. Selalu teraniaya, dianiaya sengaja atau tidak sengaja.
Seolah-olah semua orang sekeliling kita itu kejam kerana suka menganiaya
kita yang lemah tidak berdaya ini. Tapi, tahukah kita bahawa kita lah
yang sebenarnya kejam dan menganiaya diri sendiri?
Kenapa? Kerana kita terus-terusan mencari kelemahan dan kesalahan
orang lain terhadap kita. Tahukah kita bahawa mencari kesalahan dan
kesilapan orang lain bagaikan meneguk air laut, mengundang dahaga yang
tidak akan hilang. Tapi tidak pula kita cuba untuk muhasabah diri,
mengorek dan mencari kesilapan terhadap diri sendiri.. Mungkin kerana
ego yang meninggi hingga merasakan apa yang kita lakukan sentiasa betul
dan apa yang orang lain lakukan sentiasa salah.
“Ahh.. suka-suka je penulis ni cakap aku tak pernah muhasabah diri.
Suka-suka je cakap aku ni sombong tak sedar kesilapan diri. Macam la dia
tahu apa yang aku hadapi.. huh.. pastu balik-balik cerita pasal agama..
balik-balik cerita pasal agama.. haish.. macam la dia tu baik sangat!
Kita cerita pasal orang aniaya kita laaa..”
Memang laa balik-balik cerita pasal agama, balik-balik cerita pasal
agama sebab memang fitrah manusia sentiasa berkehendakkan kepada agama.
Dan… setiap orang pasti diuji dengan perasaan yang sama cuma berbeza
kaedah ujiannya. Usahlah skeptik dengan mereka yang cuba membantu diri
kita menyeru diri agar kembali kepada Allah.. supaya tidak terus-terusan
lalai dan alpa dengan tipu daya nafsu dan pujukan syaitan.. kerana kita
sebenarnya bertuah kerana masih ada yang sudi menemani dan membawa kita
kepada jalan-Nya; perjalanan mencari ketenangan dan keredhaan Ilahi.
Sebenarnya, sejauh mana kita berlari, setinggi mana kita terbang, kita
tidak akan sekali-kali menjumpai jalan yang terbaik kepada penyelesaian
masalah sebuah kehidupan selagi kita tidak kembali kepada Allah. Itu
adalah hakikat yang wajib diakui sebagai seorang hamba.
Sahabat, what goes around comes around.. andainya kita rasa
kita tidak pernah menganiaya orang lain, tapi mungkin ada kesilapan dan
kesalahan yang kita lakukan tanpa sedar mrnyebabkan orang lain
teraniaya. Tak semestinya kesilapan yang kita lakukan kepada orang lain
akan dibalas dengan perbuatan yang sama terhadap kita. Mungkin ia datang
dalam bentuk lain yang bertujuan untuk menyedarkan kita. Terpulang
kepada diri sendiri untuk memperhalusi pengajaran dan hikmah di sebalik
setiap ujian itu.
Seorang mukmin sejati akan sentiasa diuji dan terus diuji. Sehingga
disebut dalam sebuah hadith : “Seorang mukmin akan senantiasa diuji
sehingga dia berjalan di atas muka bumi dalam keadaan bersih daripada
dosa-dosa.” (dipetik dari status FB myilham.com).
Bertuahlah andainya kita berjaya menghadapi ujian kehidupan supaya
dapat berjalan di atas muka bumi dalam keadaan yang bersih daripada
dosa-dosa.
Sungguh, manusia tidak pernah akan terlepas dari melakukan dosa dan
maksiat. Sebagai seorang manusia biasa yang tidak sekali-kali akan
memiliki sifat maksum, apa yang boleh kita lakukan adalah meminimumkan
dosa-dosa dan maksiat-maksiat tersebut. Rasa bersalah.. rasa berdosa
menghantui diri.. membelenggu hati, jiwa dan perasaan.. kekadang sampai
rasa tidak mampu untuk move on. Terasa seolah-olah; “ahhh.. hidup aku memang ditakdirkan susah macam ni.. nak wat camne.. pasrah aje laaaa”
Sahabat, sesungguhnya terdapat perbezaan yang jelas di antara pasrah
dan redha. Pasrah bererti menyerah tanpa berusaha. Redha bererti
menerima ketentuan Allah tanpa rasa kecewa dan tertekan dan pada masa
yang sama berusaha untuk mengubah keadaan, seterusnya berdoa dan
bertawakkal agar apa yang diingini dapat dicapai.. insya Allah.. let bygone be bygone..
usahlah hidup dalam masa silam.. kita punyai masa sekarang dan masa
depan yang gemilang yang perlu dicorakkan.. yang lepas, biarkanlah..
yang penting, masa hadapan.. Allah tidak memandang kejayaan kita dalam
menempuh ujian, tetapi Allah memandang usaha kita dalam menghadapi ujian
tersebut. Percayalah, setiap orang mempunyai peluang untuk berubah,
terpulang kepada kita untuk mencorakkan bentuk perubahan itu.
Teruskan berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah. Walaupun ia
sangat sukar untuk dilaksanakan lantaran iman manusia yang sentiasa
bertambah dan sentiasa berkurang. Lagikan cinta kepada manusia sanggup
kita lakukan apa sahaja untuk mendapatkannya, apatah lagi CINTA kepada
PEMILIK SEGALA CINTA, di mana apabila kita memperolehi CINTA PEMILIK
SEGALA CINTA itu, cinta hamba-Nya akan turut menjadi milik kita. Tidak
mahukan kita memilikinya? Andai ia dapat digapai, nescaya kepedihan
kehidupan di dunia ini bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan rahmat
dan kasih sayang-Nya yang kita perolehi.
Semoga kekuatan dan ketenangan sentiasa mengiringi hati-hati yang
diuji dengan segala mehnah dan tribulasi dunia yang merindui kasih dan
rahmat-Nya. Amin..
No comments:
Post a Comment